Thursday

blog walking konon.

dah jalan-jalan..
merangkak-rangkak sebenarnya..
sbb tu lama gila baru apdet balik..

gambar tanpa arah tujuan.

sepanjang perjalanan aku meng-blog crawling (kata merangkak kan?)
aku telah tejumpa ngan beberapa blog.
suka.
sebab sewel.
hah haa! sukati aku je kan.. kata blog orang sewel.
tapi nih bukan sewel semborono sewel. nih sewel kelas atasan.
nanti-nanti aku tepek url blog diorang.

dan dalam kembara rangkakkan aku (ayat?)
pastinya aku terjumpa jugak beberapa blog yg kalo ikot hemat aku..
memang layak di kasi pelempang.
blog yang aku rasa sebenarnya dia tak kelakar.
tapi cuba-cuba nak jadi kelakar.
dia juga tak lucah.
tapi berani-beranikan diri nak melucah.
senang cerita, dia tak ada identiti.

nak tau ke url blog-blog tu?
agak-agak kena saman tak kalau aku share link diorang kat blog aku nih?

hoih.
tiba-tiba mood lari.
aku tak larat nak kejar.

Wednesday

orang kata..

orang kata..
kalau nak bagi ramai pengunjung kat blog kita nih..
kena rajin rajin blog walking.

ok.
aku try.
kalau tak ramai jugak yang masuk ke blog aku nih.
aku amuk.

tapi,
apahal nak amuk?

Sunday

suka la..

suka. suka sangat.. background blog aku nih..
konsepnya ala-ala..
ujan menitis di cermin hadapan kereta ku  namun tak mampu ku tepis karna wiper ku sudah keras di mamah terik mentari.

walhal..
aku tak tau nak carik template lain..
hadap je la dulu template gerimis mengundang nih..

Friday

Hari Pekerja.

Tajok entri, skema nak mampoih!

Well.. esok hari pekerja!
yiehhhaaa!!!
cutiii!

eh?
bukan ofis aku mmng cuti ke hari Sabtu?
apakah maknanya?

bengong.

suka. suka sampai sikit lagi nak jadi gila.tapi aku kawal.

itu tajuk entri ke.. perenggan pertama untuk entri nih?
lupakan.

nak tanya..
penah dengar lagu "tak mungkin kerana sayang" dendangan oleh aku
tapi dinyanyikan semula oleh Aliyah (betul ke ejaan?) tak??

mesti la penah dengar kan?
dah berapa abad dah lagu tu kat redio.

tah kenapa.
aku suka la sangat lagu tu.
ok. penipu.
mesti la aku tau kenapa aku suka lagu tu.

lagu tu mula2 aku dengar macam pelik-pelik.
kenapa pelik? jangan tanya. (ada ke, org tanya?)
lempang-lempang!!

tetiba bila selaluuuu sangat dengar..
dan bila dengar pulak mesti teringat kisah-kisah geletis zaman remaja.
teros aku suka-gila kat lagu nih.
lagu nih tak tau la suka kat aku ke tak.
kitorang tak pernah berbincang soal hati dan perasaan.

dan setelah beberapa purnama aku menghayati lirik lagu nih
aku semakin yakin.
tak mungkin kerana sayang.
hanya kadangkala aku terkenang.

wah?
jiwang??

Wednesday

gedik la sangat?

gedik la sangat kan?
padahal 3 bulan lepas tu baru teringat nak update..
mampos...

nasib baik blogger nih free jer.. kalau kena bayar macam astro tak ke naya?
bayar tapi tak tonton.

hek eleh..
tak gitu pun mmng tak dapat la nak tengok semua channel kat astro tu..
membazir je bayar mahal-mahal.
tapi, ada org paksa kau ke utk melanggan astro?
takde kan?
kalo tetiba lalu lalang kat shopping complex atau pasar2 mlm..
pastu ada promoter astro dok pancing-pancing..
kemain lagi kau jeling kan?
padahal kau dah ada sebijik kat rumah..

habis tu..
kau kenapa?
tiba-tiba membebel pasal astro?
gila.

gedik-gedik jari jemari

hoi.. banyaknya nak taip..
tegedik-gedik jari jemari nih...
semua benda rasanya nak kongsi kat sini..
kalau biar lama-lama bertapa dalam ati pon..
bukan dapat dividen..

hebat kan teknologi zaman sekarang?
dunia tanpa sempadan..
oo yeahhh!! (tiba-tiba nada suara meninggi! sambil jari cucuk-cucuk ke langit)

ok.
jap lagi aku sambung balik..
macam best pulak taip sikit-sikit ceni..
eleh..
bukannya mak nak marah pun..
mak pun tak tau aku ada blog nih..
kalau dia tau pun.. apa dia dulik
dunia je semua nih..
kehkeh..